Sarawak rekod kes positif tertinggi - Utusan Malaysia

Sarawak rekod kes positif tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,345 kes berbanding semalam, 14,954 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,611 kes diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090) dan Kelantan (1,050).

Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162) dan Negeri Sembilan (125).

“Perlis merekodkan 51 kes dan Putrajaya, 11 kes manakala Labuan sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN