RMK-12 perlu diteruskan walau kerajaan berubah - Utusan Malaysia

RMK-12 perlu diteruskan walau kerajaan berubah

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pemimpin Sarawak mengambil pendekatan positif terhadap pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dimana ia turut memberi fokus kepada rakyat di Sabah dan Sarawak termasuk kaum-kaum yang lain.

Menurut Setiausaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Alexander Nanta Linggi, pembentangan itu menunjukkan kaum di Sabah dan Sarawak tidak tercicir dan akan menikmati pembangunan sama seperti apa yang diusahakan di semenanjung.

“Bukan sahaja kita menghendaki pembangunan pesat sebagai asas, tetapi kita juga perlu ada pendapatan tinggi dan peluang-peluang untuk kita mendapat pendapatan, kita boleh mengambil bahagian dalam program-program keusahawanan dan sebagainya.

“Jadi kita alu-alukan dan disebut juga beberapa kali dengan jelas, bukan sahaja dikatakan kaum-kaum di Sarawak dan Sabah tetapi juga disebut kaum-kaum tertentu, Inilah yang kita nanti-nantikan dan kita telah mendengar, jadi kesemua ini adalah perancangan yang mesti diterima baik,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, usaha ini perlu diteruskan jika bertukar kerajaan sekalipun supaya segala usaha dapat dijayakan sepenuhnya demi kepentingan masyarakat.

“Kerajaan ini adalah hanya satu tahun lebih sebelum tiba masanya Pilihan Raya Umum ke-15, jadi ini rancangan Malaysia selama lima tahun dan kita berharap kerajaan ini kekal ataupun kalau ada kerajaan lain, perancangan RMKe-12 ini perlu diteruskan lagi, dari segi implementasinya perlu kurangkan kerenah birokrasi yang boleh mengekang kejayaan sepenuhnya, itu yang sangat diharapkan.

“Bukan sahaja di Sarawak, tetapi di selurhn negara supaya apa yang terbaik dibentangkan kepada hari ini RMK-12 boleh betul-betul menjadi kenyataan dan berjaya tingkatkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN