RMK-12 dimulakan dengan penghargaan kepada Muhyiddin dan takziah kepada mangsa Covid-19 - Utusan Malaysia

RMK-12 dimulakan dengan penghargaan kepada Muhyiddin dan takziah kepada mangsa Covid-19

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pembentangan Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana terlibat dalam menyempurnakan pembentangan tersebut.

“Keluarga malaysia makmur inklusif mampan, alhamdulillah dipanjatkan syukur dengan izin dan rahmatnya saya dapat membentangkan dasar penting yang ditunggu iaitu Rancangan Malaysia ke 11 (2021-2025). Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah terlibat dalam penyediaan awal dokumen RMK-12.

“Dokumen ini digubal ketika dunia mengharungi cabaran getir Covid-19, ramai dalam kalangan kita yang terkesan, dalam persekitaran baharu ini ada yang hilang nyawa dan pekerjaan demi kelangsungan hidup, ada diantara kita terpaksa melakukan kerja baru dan ada yang membuat dua kerja.

“Takziah kepada ahli kekuarga dan mangsa yang terkorban akibat jangkitan Covid-19, marilah kita berdoa supaya wabak ini dapat dibendung,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memulakan ucapan tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN