Perhilitan rampas 7 unggas dibela di rumah tanpa dokumen - Utusan Malaysia

Perhilitan rampas 7 unggas dibela di rumah tanpa dokumen

TANGKAP layar menunjukkan sekumpulan tujuh ekor unggas yang dirampas Perhilitan kerana dibela tanpa lesen di sebuah rumah di Perak. – Foto ihsan Perhilitan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya merampas sekumpulan tujuh ekor unggas yang dipelihara di rumah tanpa ada dokumen sah di sebuah lokasi  terletak di Daerah Sungai Siput, Perak.

 

Menerusi hantaran terbaharu dalam akaun sosial rasmi agensi tersebut, rampasan itu yang tidak dinyatakan tarikhnya, melibatkan sejumlah tiga ekor burung jenis Murai Batu, dua ekor Scarlet Macaw, seekor Blue and Gold Macaw dan seekor Haycinth Macaw.

 

Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan itu membabitkan seramai 12 anggota terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhilitan Negeri Perak.

 

Agensi itu turut memaklumkan bahawa satu laporan polis sudah pun dibuat mengenai operasi itu dan kesemua unggas ini dibawa ke Perhilitan Daerah Sungai Siput untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan individu yang menyimpan burung berkenaan juga boleh didakwa mengikut Seksyen 60 (1) (a) akta sama.

 

Tertuduh sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya