PETALING JAYA : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengetepikan proses CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRISS) bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan dalam membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19.
“MEDAC dapat pemohonan,kita kena semak sama ada pemohon untuk Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau CTOS termasuk pelajar yang mempunyai tunggakan bayaran ansuran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenarikan dlm CCRIS dan CTOS dalam pendemik. MEDAC akan mengetepikan proses CTOS dan CRISS bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan.
“Kita berharap dengan tiadanya semakan CTOS dan CCRIS makan proses kelulusan pinjaman kepada usahawan akan dapat dipercepatkan,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Noh turut menjelaskan yang pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kelulusan pinjaman di baawah MEDAC.
“Kalau sesebuah agensi di bawah MEDAC sudah berjanji untuk memberikan kelulusan pinjaman dalam tempoh 10 hari mereka mesti menggotakan janji berkenaan.
“Ini penting kerana saya ada mendapat aduan bahawa ada sesetengah usahawan terpaksa menunggu sehingga 3 bulan untuk mengetahui status pinjaman mereka.
“Justeru, saya berharap jawatankuasa ini dapat menyiasat punca sebenar kelewatan kelulusan pinjaman dan kenapa perkara sedemikian boleh berlaku bagi memastikan usawahan berdepan cabaran dapat dibantu oleh kerajaan,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE