PETALING JAYA: Orang ramai perlu berwaspada dan berhati-hati sewaktu menjalani aktiviti sosial berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap melaksanakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi-lokasi tumpuan pengunjung dari semasa ke semasa. Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi kelicinan tugas pemantauan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali memberitahu Utusan…