PDRM dalam usaha bawa pulang Nur Sajat - Utusan Malaysia

PDRM dalam usaha bawa pulang Nur Sajat

ABDUL JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia mengesahkan dalam usaha membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat selepas ditahan pihak berkuasa Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Muhammad Sajjad ditahan pihak Imigresen Thailand pada 6 petang kerana memiliki pasport tidak sah.

“Pada 9 September, dia kemudiannya telah dihadapkan ke Mahkamah Thailands atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Jalil, Muhammad Sajjad dikehendaki pihak berkuasa Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya