PCS mahu recall election dilaksana demi kestabilan politik - Utusan Malaysia

PCS mahu recall election dilaksana demi kestabilan politik

AKUJANJI dalam manifesto PCS yang mencadangkan recall petition dilaksanakan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) mahu agar perundangan berkaitan pemilihan semula (recall petition) dilaksanakan dengan segera bagi menghentikan budaya lompat parti yang sering berlaku di Sabah.

Ketua Pemuda PCS, Ag Zakariah Ibrahim berkata, parti itu akan berusaha memastikan undang-undang berkaitan recall petition atau pemilihan semula wakil rakyat digubal dan dilaksanakan demi kestabilan politik di negara ini.

Beliau berkata, saranan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan pemilihan semula wakil rakyat adalah lebih baik berbanding undang-undang anti lompat parti.

AG. ZAKARIAH-IBRAHIM

Jika dilihat Akujanji utama dalam manifesto PCS semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu adalah memperkenalkan recall petition sebagai langkah untuk menghentikan budaya lompat parti.

“Malah, Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman juga pernah menyatakan bahawa budaya lompat parti dalam politik ini amat menjengkelkan.

“Budaya lompat parti adalah pengkhianatan kepada undi rakyat dan ia menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja di Sabah malah, di seluruh Malaysia. Di Sabah, kita sering dibelenggu dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi akibat budaya melompat parti.

“Ini berlaku akibat sifat tamakkan kuasa yang tidak boleh dibendung kerana tiada undang-undang yang boleh menangani budaya melompat parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ag. Zakariah berkata, PCS menghormati hak pemimpin untuk menyertai mana-mana parti namun, langkah segera perlu diambil bagi menghentikan budaya ini.

Jelas beliau, recall petition yang dicadangkan oleh PCS sejak sekian lama ini akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mengumumkan kekosongan kerusi wakil rakyat sekiranya Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak lompat parti, meletak jawatan daripada parti atau dipecat oleh pimpinan parti.

“Setiap pemimpin bebas untuk memilih untuk menyertai mana-mana parti politik. Mahu melompat, melompatlah tapi, Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan secara serta-merta sekiranya mereka melompat bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat,” katanya.

Pada Isnin, Najib menggesa kerajaan untuk melaksanakan pemilihan semula (recall petition) untuk menyelesaikan tindakan ahli politik yang melompat parti.

Jelas beliau, ahli politik yang menukar atau dipecat daripada parti akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan perlu diadakan PRK bagi kawasan berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN