Op Sapu tahan 52 pekerja asing di Kota Laksamana - Utusan Malaysia

Op Sapu tahan 52 pekerja asing di Kota Laksamana

PENEMPATAN warga asing di Kota Laksamana, Melaka yang diserbu juga didapati sempit dan kotor, menyalahi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 52 pekerja asing ditahan ketika nyenyak tidur dalam serbuan Op Sapu di sebuah tapak pembinaan di Kota Laksamana di sini, semalam.

Ketika serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar.

Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, hasil maklumat, sepasukan penguat kuasa telah melakukan serbuan tersebut dan keseluruhan seramai 134 pekerja asing diperiksa.

Katanya, seramai 52 warga asing telah ditahan selepas dikesan melanggar pelbagai Akta Imigresen 1959/63.

“Ketika serbuan dibuat, kesemua pekerja warga asing sedang tidur dan lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Seramai 134 individu berjaya diperiksa, namun, hanya 52 yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pas lawatan kerja sementara tamat tempoh dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat kesihatan daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Kita dapati majikan atau pihak pengurusan lokasi berkenaan gagal menyediakan penempatan warga asing yang selaras peraturan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tempat tinggal atau asrama mereka sesak dan kotor, sekaligus berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit,” ujarnya.

Tambahnya, satu borang Saman Saksi (Borang 29) juga dikeluarkan kepada wakil majikan untuk membantu siasatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya