PETALING JAYA: Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan dijadikan kerangka utama bagi menarik pelaburan berkualiti,
Dalam Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaako berkata NIA akan meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan di rantau ini.
“Insentif sedia ada akan disemak semula, untuk memberi fokus kepada pelaburan yang berasaskan teknologi termaju dan memenuhi aspek kelestarian alam sekitar.
“Ini akan dapat menyokong hasrat negara untuk mempercepat peralihan kepada industri berteraskan pembuatan termaju, atau advanced manufacturing tanpa menjejaskan alam sekitar,” katanya. -UTUSAN ONLINE