MoU turunkan suhu dan jamin kestabilan negara - Utusan Malaysia

MoU turunkan suhu dan jamin kestabilan negara

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Memorandum persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) diharap bukan sahaja menurunkan suhu politik dalam negara malah dapat melihat kestabilan dalam landskap politik negara.

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kestabilan itu bukan untuk kuasa, tetapi supaya semua pihak dapat fokus terhadap usaha ke arah matlamat  membawa negara keluar daripada belenggu pandemik Covid-19.

 

“Harapan saya di sebalik MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani sebentar tadi bukan sahaja menurunkan suhu politik dalam negara.

 

“Tetapi lebih penting, kita dapat melihat kestabilan dalam landskap politik. Kestabilan ini bukan untuk kuasa, tetapi supaya semua pihak dapat fokus terhadap usaha ke arah matlamat  membawa negara keluar daripada belenggu pandemik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

 

Terdahulu satu MoU dimeterai kerajaan Persekutuan dengan PH yang merangkumi aspek Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

 

MoU itu ditandatangani antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu majlis di Dewan Bankuet Parlimen hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN