MOSTI sasar RM100 juta untuk inovasi anak muda  - Utusan Malaysia

MOSTI sasar RM100 juta untuk inovasi anak muda 

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mensasarkan dana sebanyak RM100 juta pada tahun 2022 bagi projek di bawah Malaysia Grand Challenge (MGC) untuk menggalakkan inovasi dalam kalangan anak muda tempatan.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dana tersebut ditawarkan kepada belia 18 tahun ke atas dan syarikat pemula yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pemohon di bawah 18 tahun boleh dipertimbangkan dengan mendapat sokongan dan memenuhi syarat ditetapkan.

 

Katanya, MOSTI tidak memilih memberikan sokongan kepada anak muda yang mahu berinovasi walaupun masih di peringkat persekolahan, pihaknya  memperkemaskan lagi sistem aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah dengan diselaraskan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

 

“MOSTI turut memastikan anak muda yang ingin berinovasi di peringkat sekolah dapat dibantu dengan bantuan saintis-saintis terkemuka di Malaysia dengan menjadikan anak muda tersebut sebagai anak didik mereka.

 

“MOSTI melalui agensi seperti Lembaga Tenologis Malaysia (MBOT), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Akademi Sains Malaysia (ASM) serta Young Scientist Network (YSN) menawarkan beberapa bentuk pembiayaan kepada pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) serta murid di bangku sekolah untuk mengetengahkan idea inovasi seterusnya dikomersialkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Adham Baba mengadakan sesi pertemuan maya bersama bakat-bakat muda di Malaysian Space Agency (MYSA) yang diadakan secara dalam talian.

 

Semalam, Maryam Muzamir, 11, berjaya merangkul tiga pingat emas dalam The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada.

 

Dalam pada itu, dua pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Fahad Saleem, Nur Liyana Zamuri, dinobatkan pemenang 3M Inspire Challenge menewaskan 121 peserta dari negara-negara Asia Tenggara lain menerusi Inovasi Smart Bandage.

 

Adham Baba berkata, MOSTI turut membantu inovasi anak muda untuk dikomersialkan. Perkara tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) bagi mengenalpasti Technology Readiness Level (TRL) atau kesediaan sesuatu produk teknologi dan inovasi bagi mempercepatkan pengkomersialan.

 

Menurutnya, setelah peringkat TRL dikenalpasti, inovasi berkenaan boleh disuaipadan dengan agensi atau jabatan yang boleh memudahcarakan bagi mempercepatkan pengkomersialan inovasi berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN