fbpx

22 Oktober 2021, 12:10 pm

  TERKINI

MNS anjur Tapir Talk bincang kepentingan burung enggang sebagai petunjuk alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan memulihara spesies flora dan fauna di persekitaran kerana setiap satunya mempunyai kepentingan tertentu.

Memberi contoh mudah, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia (MNS) mengajak orang ramai mengetahui kepentingan menjaga habitat dan kepentingan spesies burung enggang dalam hutan.

Presiden MNS, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, MNS mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan burung enggang bagi mendidik masyarakat kenapa perlu pemuliharaan burung tersebut, menjaga habitat dan kepentingannya dalam hutan dan kelestariannya.

“Di samping itu,  burung enggang juga menyumbang kepada aktiviti pelancongan dalam kalangan peminat burung, “ ujar kepada Utusan Online.

Burung enggang boleh menjadi petunjuk kepada kestabilan hutan iaitu apabila hutan mampu menampung populasi burung tempatan dan berhijrah.

Dalam pada itu beliau berkata, aktiviti pemerhatian burung sekarang menjadi tarikan utama ekopelancongan.

MNS kata beliau lagi sudah diketahui umum banyak terlibat dalam aktiviti ekspedisi saintifik dan akhirnya kawasan berkenaan menjadi taman negara dan taman negeri.

Endau-Rompin dan Belum-Temenggor adalah antara hasil penting.

“Ketika ini MNS sedang menjalankan ekspedisi di Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah dan Hutan Simpan Panti di Johor, “ ujarnya.

Hutan Simpan Panti sudah menjadi hutan yang dilindungi sepenuhnya sebagai Kawasan Konservasi Panti (Panti Conservation Area) yang penting dalam dalam pendidikan dan penyelidikan.

Sebelum ini MNS menjalankan ekspediis Ekspedisi Endau-Rompin 1989, dan Belum-Temenggor 1984 dan 1998.

Justeru penganjuran Tapir Talk menjadi siri forum membincangkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar seperti kepelbagaian biologi, perlindungan habitat dan menguruskan hidupan liar.

Tapir Talk siri ke-10 kali ini diadakan sempena menyambut program pesta burung enggang yang dianjurkan oleh MNS setiap tahun.

MNS mengadakan forum tersebut secara dalam talian kerana pandemik Covid-19. Sebelum ini forum turut melibatkan pemegang taruh  secara fizikal bersama penduduk tempatan termasuk Orang Asli dan aktivis berkaitan burung enggang.

Menurut beliau forum tersebut membincangkan kepentingan keempat empat hutan tersebut yang merupakan habitat penting burung enggang dan kepentingannya menjadi petunjuk penting kestabilan hutan berkenaan.

Kajian tentang burung enggang perlu diteruskan dan hasil penyelidikan boleh diguna dalam pendidikan, pelancongan dan pengurusan hutan.

Penglibatan pelbagai berkepentingan yang terlibat dalam kajian dan pengurusan hutan terutama pihak berkuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk tempatan, Orang Asli dan korporat perlu menyertai forum tersebut yang akan diadakan pada 16 September dan turut melibatkan beberapa panel jemputan.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI