Lima individu ditahan berkumpul, buat bising - Utusan Malaysia

Lima individu ditahan berkumpul, buat bising

DUA individu antara yang ditahan selepas tular video yang memaparkan sekumpulan individu berkumpul dan membuat bising dipercayai di kawasan Bandar Seremban Selatan dekat sini malam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai lima orang lelaki ditahan selepas tular video yang memaparkan sekumpulan individu berkumpul dan membuat bising dipercayai di kawasan bandar Seremban Selatan dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan di sekitar Seremban, malam semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah berjaya mengesan dan menahan lima suspek pada pukul 9 hingga 11 malam tadi.

“Tindakan selanjutnya telah diambil bagi mengenal pasti sekiranya ada sebarang penglibatan jenayah oleh kesemua suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Said, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan dan hasilnya kesemua negatif dadah.

“Kesemua suspek juga akan dikompaun atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

“Kenderaan yang digunakan dalam video tersebut pula telah ditahan di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan membuat halangan menggunakan kenderaan di atas jalan raya.

“Pihak polis mengingatkan dan menasihati semua pihak agar sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan bersama,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.