[PARLIMEN] Kenakan cukai kepada orang kaya - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kenakan cukai kepada orang kaya

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya cukai baharu diperkenalkan hanya untuk golongan kaya.

Ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak bersetuju jika kerajaan mahu mengenakan cukai baharu kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memulihkan negara selepas dilanda pandemik.

Sebab itu kita tekankan kepada menteri kewangan, dalam keadaan ekonomi seperti ini, janganlah bebankan rakyat dengan percukaian yang baharu, kurangkan beban rakyat dan haruslah mulakan bentuk percukaian yang progresif terhadap golongan yang kaya.

“Saya setuju dengan peringatan beberapa kawan-kawan suapaya janganlah cukai itu menyebabkan orang kurang minat terhadap pelaburan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Walaupun begitu, Anwar menegaskan sekiranya golongan yang disebutkan itu masih boleh mengaut keuntungan pada masa ekonomi meleset tatkala orang sakit dan orang menganggur maka eloklah sedikit tambahan cukai bagi yang kaya.

“Walaupun ekonomi negara kita dilihat meleset ataupun tidak memberansangkan, peningkatan keuntungan sektor korporat adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan pampasan pekerja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN