Keluarga Malaysia kehilangan tokoh perkhidmatan keselamatan awam - Utusan Malaysia

Keluarga Malaysia kehilangan tokoh perkhidmatan keselamatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan sangat tegas dan komited di dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perkhidmatan kepada tanah air. 

Perdana Menteri berkata, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh perkhidmatan keselamatan awam yang disegani pada hari ini.

“Selaku mantan Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Allahyarham sangat tegas dan komited dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perkhidmatannya. 

“Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan saya doakan agar tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Ismail Sabri dalam Facebook beliau hari ini.

Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN)  kira-kira pukul 10.25 pagi tadi.

Utusan Malaysia menerima khabar sedih itu daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang juga memaklumkan jenazah allahyarham akan di bawa ke Masjid Bukit Aman.

Berita itu turut disahkan oleh anak allahyarham, Zakimi Zaman Khan dan beliau menjelaskan ahli keluarga masih dalam keadaan sedih dan memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

Sebelum ini, Allahyarham yang mempunyai masalah buah pinggang, pengsan ketika sedang menunggu temu janji berjadual dengan doktor di HKL kira-kira jam 11 pagi dan diberikan bantuan pernafasan.

Kemudian, allahyarham telah dimasukkan ke dimasukkan ke High Dependency Unit (HDU) Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian rapi.

Pada Januari tahun lalu, Zaman Khan pernah menjalani rawatan di HKL susulan mengalami pendarahan dalam usus.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN