Kanak-kanak turut dibawa ke Pasar Payang 2 - Utusan Malaysia

Kanak-kanak turut dibawa ke Pasar Payang 2

TULAR dakwaan mengatakan ada peniaga di Pasar Payang 2, Kuala Terengganu meninggal dunia akibat Covid-19. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun golongan kanak-kanak tidak digalakkan memasuki Pasar Payang 2, namun masih ada segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke pasar pelancongan terkemuka berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiga beradik pelbagai peringkat usia itu, bagaimanapun memakai pelitup dan pelindung muka sepanjang berada di premis tersebut.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, berdasarkan saranan pihak berkuasa tempatan (PBT), hanya pengunjung yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 yang digalakkan berada di Pasar Payang 2.

Katanya, walaupun tiada sebarang arahan khusus melarang pengunjung cilik, namun rata-rata ibu bapa didapati faham situasi berkenaan dan turun tanpa anak-anak bagi urusan pembelian barangan.

“Sejak beroperasi pada 18 Ogos lalu, pengunjung kita adalah golongan dewasa dan rata-rata ibu bapa sudah sedia maklum keperluan untuk meninggalkan anak-anak mereka dalam kereta.

“Pihak persatuan sering mengingatkan peniaga untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk dalam kalangan pelanggan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, jumlah pengunjung ke Pasar Payang 2 meningkat sejak minggu lalu dipengaruhi oleh pembukaan sektor pelancongan termasuk di pulau-pulau peranginan bermula 1 September.

Katanya, keadaan itu sekali gus memberi limpahan rezeki kepada kira-kira 1,100 peniaga di situ apabila destinasi berkenaan menjadi tempat persinggahan kalangan mereka yang berkunjung ke Pulau Redang menerusi jeti yang terletak berhampiran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya