JKMR, LPPR jalin kerjasama perangi rasuah - Utusan Malaysia

JKMR, LPPR jalin kerjasama perangi rasuah

PERTEMUAN sulung JKMR dan LPPR di Pejabat Speaker Dewan Negara, Parlimen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) sepakat menjalinkan kerjasama erat bagi menggerakkan usaha, pendekatan dan memberikan paradigma baharu dalam memerangi rasuah. 

Pengerusi JKMR, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, dalam satu kenyataan bersama, bersetuju memperhalusi cadangan untuk meletakkan hal ehwal anti rasuah di bawah Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perincian teknikalnya sedang dilaksanakan oleh penasihat undang-undang serta panel jawatankuasa Parlimen.

Kata kenyataan itu, JKMR dan LPPR turut memandang serius isu penarikan balik kes-kes rasuah melibatkan individu tertentu sebelum atau semasa perbicaraan berlangsung kerana ia menjejaskan imej, kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mahu penjelasan tegas diberikan pihak bertanggungjawab.

“JKMR dan LPPR turut menzahirkan perhatian serius berhubung beberapa situasi terutamanya melibatkan kes-kes rasuah yang mengambil masa terlalu lama, iaitu ada yang melebihi tempoh setahun untuk diputuskan Mahkamah Rayuan

“Ini merupakan antara tugasan yang bakal diberi perhatian oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen agar kepercayaan orang ramai tidak luntur,”  kata kenyataan itu selepas pertemuan sulung antara kedua-dua badan tersebut yang berlangsung di Pejabat Speaker Dewan Negara, hari ini. 

Mengulas lanjut, JKMR dan LPPR juga melahirkan kebimbangan yang teramat sangat mengenai dakwaan pembabitan pegawai kanan Surujanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM25 juta (AS$6juta).

“Justeru, JKMR dan LPPR mendesak siasatan terperinci dibuat segera dan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan dakwaan tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin agar keyakinan rakyat kepada SPRM kekal utuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya