PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kepakaran untuk menguruskan ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan perkara itu ketika dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
“Menteri ekonomi tahu kita boleh kumpulkan laporan Bank Dunia dan kita boleh belanja billion ringgit untuk lantik konsultan.
“Saya difahamkan lima atau enam tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion dan ini saya nak tanya, mengapa lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan luar negara untuk menyiapkan buku RMK12 ini.
“Mungkin sebahagian ini kita boleh guna pakai tetapi saya masih yakin maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendali oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara,” katanya hari ini.
Jelasnya, pada tahun 2006, ditekankan tentang institutional reform ataupun reformasi institusi namun perkara itu tidak berhasil. -UTUSAN ONLINE