Jana semula ekonomi menerusi STI  - Utusan Malaysia

Jana semula ekonomi menerusi STI 

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) komited membantu kerajaan untuk menjana dan memacu semula ekonomi negara menerusi sains, teknologi dan inovasi (STI).

 

Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ketika ini, Mosti berada pada landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan dan berteknologi tinggi. 

 

Beliau berkata, hasrat besar ini disokong oleh Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE) yang dilancarkan pada 8 Disember 2020.

 

“Gabungan kedua-dua DSTIN dan MySTIE ini akan memastikan kemajuan sains dan teknologi bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

 

Adham berkata, strategi-strategi di bawah pemangkin dasar pertama dan kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) selari dengan komitmen yang dilaksanakan kementerian ketika ini.

 

Menurutnya, dasar pemangkin itu antara lain mahu membangunkan bakat masa hadapan serta mempercepat penerimaan dan penggunaan teknologi dan inovasi.

 

Dalam pada itu, katanya, kementerian juga mengalu-alukan usaha untuk memberi sokongan kepada lebih ramai bakat tempatan yang mampu mencipta teknologi bagi menyokong pertumbuhan industri tempatan melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I). 

 

“Inisiatif ini akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap teknologi asing di samping meningkatkan sumber pendapatan negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN