Isu Perjanjian Malaysia 1963 akan diselesaikan - Utusan Malaysia

Isu Perjanjian Malaysia 1963 akan diselesaikan

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kerajaan komited untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hal itu termasuklah keperluan infrastruktur asas, kawal selia gas dan elektrik, aspek pendigitalan dan keselamatan.

“Penyediaan infrastruktur asas akan diperluas dengan membina jambatan dan menaik taraf 1,400 kilometer (km) jalan berturap luar bandar serta menyiapkan pembinaan 1,150 km Lebuhraya Pan Borneo.

“Seperti yang saya umumkan semasa Hari Malaysia, peruntukan berjumlah RM7.7 bilion, iaitu RM3.61 bilio kepada negeri Sabah dan RM4.09 bilion kepada negeri Sarawak disediakan bagi pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12.

“Dengan peruntukan ini, liputan jalur lebar akan dipertingkat melalui pembinaan infrastruktur digital, termasuk pembinaan menara atau pemancar telekomunikasi. Sehingga Ogos 2021, sebanyak 2,645 infrastruktur digital siap dipasang di Sabah dan 2,117 di Sarawak.

Bagi menambah baik bekalan elektrik, loji janakuasa baharu akan dibina dan talian penghantaran Grid Timur-Barat Sabah akan dinaik taraf. Projek pembinaan hidroelektrik Baleh di Sarawak dijangka siap pada tahun 2025. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN