Hanya Kg. Bambangan di Sabah kena PKPD mulai lusa - Utusan Malaysia

Hanya Kg. Bambangan di Sabah kena PKPD mulai lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah perkampungan di Sabah, menjadi lokaliti tunggal di negara ini yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa iaitu Kampung Bambangan, Daerah Telupid.

Perkampungan kecil nelayan yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pelancongan tempatan itu hanya mempunyai kurang daripada 100 buah keluarga berpendapatan rendah.

Ketika ini, daerah berkenaan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,313 dengan semalam sahaja Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan 429 kes masih aktif.

 

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, tiga lagi lokaliti di negeri tersebut ditamatkan PKPD serentak esok, lebih awal daripada dijadualkan melibatkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn. Bhd. di Segama, Lahad Datu dan Kampung Dumpiring, Ranau.

Di Pahang pula, katanya, PKPD berakhir membabitkan Ladang Insanjaya dan Ladang Darabit, Mukim Bebar, Daerah Pekan seperti dijaduakan setelah dilaksanakan PKPD pada 13 September lalu.

 

Di Kelantan, dua lokaliti diwartakan PKPD sejak 15 September, tamat lebih awal esok iaitu Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan, Mukim Pengkalan Kubur, Tumpat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya