Dua kampung dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Dua kampung dilanda banjir kilat

ANGGOTA APM melakukan pemantauan di kawasan banjir kilat selepas hujan lebat di Kampung Ulu Mahang, Kulim malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 15 buah rumah di dua buah kampung di Mukim Mahang di sini terjejas dalam kejadian banjir kilat selepas hujan lebat malam semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah  Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, dua kampung terbabit iaitu Kampung Ulu Mahang dan Kampung Paya dinaiki air kira-kira 0.5 meter pada pukul 8.20 malam.

Menurutnya, jumlah penduduk yang terlibat dalam banjir kilat itu pula seramai 45 orang.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan  selepas air mulai surut kira-kira 30 minit kemudian.

“Kejadian banjir kilat berlaku selepas hujan lebat pada pukul 5 petang berlarutan lebih dua jam sehingga menyebabkan air dari bukit dan sungai melimpah di kawasan kampung berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, APM menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.20 malam dan lima anggota bergegas keluar ke lokasi dengan kelengkapan menyelamat membantu mangsa banjir. 

“Anggota APM yang tiba mendapati kawasan kampung itu masih dipenuhi air  dan beransur surut  serta melakukan pemantauan untuk memastikan mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya