Dua bengkel terbakar, tujuh kenderaan musnah - Utusan Malaysia

Dua bengkel terbakar, tujuh kenderaan musnah

KEADAAN buah bengkel yang terbakar memusnahkan tiga buah kereta dan empat buah motosikal di Jalan Iskandar, Kampar semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Tiga buah kereta dan empat buah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan dua bengkel di Jalan Iskandar Kampar di sini semalam.

 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima melalui MERS 999 pada pukul 5.49 petang.

 

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Gopeng dan Tapah digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

 

“Kebakaran melibatkan dua buah bengkel kelas B iaitu bengkel kereta dan bengkel penyimpanan peralatan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang masing-masing terbakar 90 dan 65 peratus.

 

“Turut musnah terbakar ialah tiga kereta dan dua motosikal yang berada di bengkel kereta manakala dua buah motosikal pula di bengkel bersebelahan,” katanya dalam kenyataannya di sini.

 

Menurut kenyataan tersebut, kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.

 

“Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan aliran air sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya. Operasi tamat pada pukul 9.15 malam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN