Doktor rakam video pembantu klinik dalam tandas ditahan - Utusan Malaysia

Doktor rakam video pembantu klinik dalam tandas ditahan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang doktor lelaki ditahan polis selepas dipercayai merakam video di dalam tandas wanita di sebuah klinik swasta miliknya di sini, semalam.

Tangkapan itu susulan laporan polis diterima pihaknya daripada seorang wanita berusia 30 tahun kira-kida pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (gambar) berkata, wanita itu mendakwa doktor berusia 46 tahun yang juga majikannya itu merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

[

Katanya, mangsa yang bekerja selama enam tahun sebagai pembantu di klinik swasta itu mendakwa dia terlihat sebuah telefon bimbit di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka ketika dia masuk ke tandas.

“Mangsa terus mengambil telefon bimbit itu dan mengecam milik majikannya.

“Mangsa yang terkejut, malu dan terganggu dengan kejadian ini terus mencapai beg tangannya ingin keluar dari klinik,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan mangsa yang ingin keluar dari klinik secara tergesa-gesa disedari suspek sebelum dihalang.

Jelasnya, suspek meminta dipulangkan telefon bimbit itu kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman itu di hadapan mangsa.

“Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit itu lalu suspek memadamkannya, namun mangsa tidak melihat apa yang dihapuskan oleh lelaki itu.

“Susulan itu, pihaknya menahan suspek kira-kira pukul 7.30 malam pada hari sama,” katanya.

Tambahnya, telefon bimbit Redmi MI 9T Pro milik suspek juga turut dirampas untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509/377 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya