Bisnes kayu api terus `hidup’ - Utusan Malaysia

Bisnes kayu api terus `hidup’

JUMALI Supar (kanan) bergambar bersama Abdul Razak di samping kayu api yang akan dihantar kepada pelanggan di rumahnya di Kampung Kebun Baru hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kayu api masih relevan apabila masih ada permintaan pengusaha industri seperti perniagaan makanan seperti piza, roti dan ayam panggang.

Kewujudan terhadap permintaan tersebut menyebabkan pengusaha kayu api, Jumali Sapar,61, terus menjual bahan bakar itu.

“Bukan semua makanan di restoran dimasak menggunakan dapur gas. Ada masakan secara panggang atau salai menggunakan kayu api. Malah makanan yang dimasak menggunakan dapur kayu api juga mempunyai keunikan dan rasa tersendiri.

“Permintaan tinggi untuk hidangan dengan kaedah pembakaran kayu api menyebabkan pelanggan jauh dari Johor Bahru dan Genting Highlands membuat pesanan,” katanya ketika diziarah Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr.Abdul Razak Khasbullah di rumahnya, di Jalan Melati Kampung Kebun Baru hari ini.

Jumali yang mengusahakan perniagaan tersebut sejak tiga tahun lalu berkata, kayu api tersebut berharga RM20 seikat dan dijual borong satu palet dengan harga RM100.

Katanya lagi, antara pokok yang dijadikan kayu api adalah pokok getah, pokok rambutan dan pokok cempedak.

“Saya usahakan perniagaan kayu api ini secara sambilan. Pada sebelah pagi, saya menebar roti canai dan selepas berehat barulah saya dan beberapa rakan akan memotong kayu api.

“Permintaan tempatan juga menggalakkan untuk tujuan termasuklah memasak lemang terutama menjelang musim perayaan dan untuk program perkhemahan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN