Berlaku peningkatan kematian yang dilaporkan - Utusan Malaysia

Berlaku peningkatan kematian yang dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 110 kes berbanding semalam, 137 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman sesawang.   https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan sedikit, sebanyak 376 kes berbanding semalam, 324 kes. 

Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 23,443 kes. 

Sebanyak 75 daripada 376 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,472 kes. 

Seramai 1,191 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 662 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 11,277 orang. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 148 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 11 kes diikuti Johor (43/29), Sabah (35/12), Kelantan (32/6), Pulau Pinang (29/18), Kedah (25/9), Sarawak (23/5), Kuala Lumpur (14/3), Perak (8/6), Terengganu (7/2), Pahang (6/4), Negeri Sembilan (4/1), Melaka (2/3) dan Perlis (0/1). 

Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,954 kes berbanding semalam, 15,549 kes sekali gus di atasi kes sembuh, 23,469 kes.

“Tempat kerja pula terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 13 daripada 19 kluster Covid-19, hari ini, dengan Pahang menjadi penyumbang terbanyak, empat kluster.

“Selain tempat kerja, komuniti mencatatkan empat kluster manakala pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN