[PARLIMEN] ‘Bantu kroni, keluarga atau rakyat susah?’-Syed Saddiq - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] ‘Bantu kroni, keluarga atau rakyat susah?’-Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman musykil dengan dasar yang diketengahkan pihak kerajaan dalam membantu golongan bumiputera susulan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Syed Saddiq mencelah ketika perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertikai bagaimana dasar yang dilihatkan hanya berpihak pada golongan elit bumiputera boleh membantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya agak musykil dengan jalan penyelesaian kerajaan untuk membantu golongan bumiputera iaitu dengan mengambil ekuiti daripada golongan bukan bumiputera atau memaksa memaksa sebanyak 51 peratus kepada golongan bumiputera dalam syarikat-syarikat fret.

“Semalam diumumkan juga penjualan aset-aset GLC ataupun ekuiti hanya kepada golongan Bumiputera sahaja. Bagaimana dasar ini akan membantu golongan susah di Malaysia? Bagaimana dasar ini akan membantu nelayan dan petani dan peniaga kecil.

“Realitinya, dasar ini bersifat populis tetapi tidak sama sekali membantu golongan Bumiputera susah,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Tidak terhenti disitu, Syed Saddiq turut pertikai perlantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan yang kemudiannya dikatakan mengukuhkan budaya kroni dalam kalangan golongan elit yang disebutkan.

“Jika kita bincangkan isu syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi, jual harta dan ekuiti, ini hanya akan membantu kroni dan golongan elit. Kita lihat kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan diteruskan oleh kerajaan ini, lantikkan politik dalam GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Bekas pengerusi Prasarana yang dilucutkan sendiri oleh menteri kewangan di mana kontrak-kontrak ataupun bantuan diberikan kepada syarikat keluarganya sendiri. Kalau dasar ini diteruskan, siapa yang akan dapat manfaatnya? Kroni, keluarga ataupun rakyat yang susah?” soal Syed Saddiq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN