Agong ajak ahli Parlimen baca al-Fatihan, tafakur untuk rakyat Malaysia terkorban Covid-19 - Utusan Malaysia

Agong ajak ahli Parlimen baca al-Fatihan, tafakur untuk rakyat Malaysia terkorban Covid-19

-GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak semua ahli Parlimen dan rakyat Malaysia membaca surah al-Fatihah serta bertafakur untuk rakyat negara yang meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Terdahulu, Seri Paduka berangkat merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung hari ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN