37 tanah rancangan Felda Wilayah Jengka meriahkan sambutan Hari Malaysia - Utusan Malaysia

37 tanah rancangan Felda Wilayah Jengka meriahkan sambutan Hari Malaysia

ZULMI Abdul Rahman dan dan Katini Talib menyerlahkan semangat patriotisme dengan menghiasi rumah mereka sempena Sambutan Hari Malaysia di Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Warga peneroka di 37 tanah rancangan Felda Wilayah Jengka di sini menyerlahkan semangat patriotisme dengan menyertai pertandingan aktiviti Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September.

Pengerusi Biro Sosial dan Kemasyaratan Gabungan Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, program kesinambungan Hari Kebangsaan Ke-64 itu bagi memupuk semangat menghargai erti kemerdekaan, kebebasan, bermuafakat dan bersatu padu.

“Pertandingan diadakan secara dalam talian antaranya. Tik Tok Creative bertema Malaysia Prihatin, Pertandingan Swafoto, Pertandingan Rumah Malaysia, Pidato Malaysia Prihatin.

“Setiap pertandingan dimuat naik ke dalam laman Facebook masing-masingn iaitu tanda ‘suka’ diambil kira sebagai pemenang selain keputsuan pengadil profesional,” katanya di sini semalam.

Seorang peserta pertandingan Rumah Malaysia, Zulmi Abdul Rahman, 54, dari Felda Jengka 24 berkata, dia bersama isterinya, Katini Talib, 50, dan 10 orang anak mereka menghias rumah dengan Jalur Gemilang beradasarkan tema Malaysia Prihatin.

Menurutnya, mereka sekeluarga mahu menyerlahkan tanda kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan kerana membangunkan tanah rancangan Felda yang menjadi model kejayaan kepada masyarakat dunia.

Bagi Masmud Kosnon, 68, dan isteri Hasnah Mohamad, 60, mencetuskan idea 64 Jalur Gemilang berkibar megah pada kipas angin yang diubah suai bagi melahirkan semangat jati diri terhadap negara.

“Jalur Gemilang ini akan berkibar-kibar dengan megah secara langsung mewujudkan terapi minda bertuahnya menjadi di rakyat Malaysia,” katanya.

Maimun Omar, 59, dari Felda Tonkin Jengka 23 pula menyifatkan pertandingan peringkat rancangan dan Wilayah dapat mengukuhkan semangat jati diri warga Felda dan generasinya.

Tegasnya, pertandingan tersebut adalah pemangkin suara warga Felda untuk menyuarakan semangat patriotisme mereka tetap kental walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN