2 kampung Orang Asli kena PKPD daripada seorang demam jangkit 120 orang - Utusan Malaysia

2 kampung Orang Asli kena PKPD daripada seorang demam jangkit 120 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua perkampungan masyarakat Orang Asli etnik Jahut dalam Daerah Temerloh, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa melibatkan Kampung Pasu dan Kampung Penderas di Kuala Krau.

Ia susulan kluster komuniti daripada seorang penduduk tempatan yang demam pada 18 Ogos lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 21 Ogos lepas namun sudah menjangkiti 120 orang.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD secara serentak bermula Ahad ini ialah sejumlah 13 buah perkampungan Orang Asli dari suku kaum Semai di Pos Sinderut, Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis, Pahang meliputi 5,000 penduduk di Lubuk Muman, Saweh, Tidol, Bukit Long, Kuala Sinderut, Tual, Janggap, Rangan, Tigol dan Cherung yang terletak di persimpangan Jalan Raub-Sungai Koyan.

RODZI MD. SAAD

Kata beliau, satu lagi lokaliti di negeri itu dilaksanakan PKPD ialah Felda Keratong 5, Rompin susulan banyak kes hasil saringan selepas ramai penduduk di skim tanah rancangan berjiran juga positif termasuk Kampung Kopungit dalam Daerah Kota Kinabalu, Sabah.

“Dua lagi lokaliti di negeri tersebut bakal ditamatkan PKPD serentak esok seperti dijadualkan iaitu Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindal Kolopis, Penampang selain tiga perkampungan dalam Jajahan Pasir Mas, Kelantan iaitu Kampung Bayu dan sebahagian Kampung Banggol Kemian di Mukim Pasir Mas serta sebahagian Kampung Repek di Mukim Gual Periok,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya