Yob Hijrah masuk perangkap - Utusan Malaysia

Yob Hijrah masuk perangkap

Yob Hijrah ditangkap Perhilitan Perak di Kampung Air Jada di Gerik, Selasa lalu. - UTUSAN/IHSAN PERHILITAN PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor gajah jantan seberat 1.5 tan di Kampung Air Jada di sini, Selasa lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah berusia antara 20 hingga 21 tahun itu ditangkap pada pukul 10 pagi selepas dijejaki dalam tempoh dua jam.

Katanya, tangkapan itu dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai mamalia tersebut yang dikatakan merosakkan tanaman termasuk pokok buah-buahan.

“Gajah jantan dewasa yang dinamakan Yob Hijrah itu dikenal pasti daripada kumpulan gajah Papulut.

“Kumpulan ini ada empat ke lima ekor gajah namun hanya Yob Hijrah yang bergerak keluar daripada kumpulannya dan memasuki kawasan kampung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pemindahan gajah tersebut akan dilakukan esok pada pukul 9 pagi dengan menggunakan gajah denak iaitu Alam dan Abot.

Katanya, seramai 15 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan 10 kakitangan Perhilitan Perak akan terlibat dalam operasi tersebut.

Alam dan Abot yang didatangkan daripada Kuala Gandah akan memujuk Yob Hijrah untuk dihantar ke Hutan Simpan Royal Belum,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya