Tunjukkan bukti ada majoriti bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

Tunjukkan bukti ada majoriti bentuk kerajaan

SHAHIDAN Kassim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : UMNO dicabar supaya menunjukkan bukti yang parti itu mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, setakat ini Perikatan Nasional masih kerajaan yang stabil dan disokong majoriti ahli parlimen Perikatan Nasional. 

“Siapa yang cabar kami, buktikan ada jumlah yang cukup untuk memerintah. Saya masih Pengerusi PNBBC menyatakan bahawa majoriti PNBBC menyokong kerajaan hari ini,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. 

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri. 

Susulan daripada itu, UMNO menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kegagalannya dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Menerusi perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah turut meletak jawatan dari kabinet susulan kepatuhannya pada arahan parti. 

Namun, Shahidan menjelaskan ia tidak perlu dilakukan oleh Menteri dan Timbalan UMNO lain, sebaliknya meneruskan tugas seperti biasa untuk membela rakyat. 

“Dan kami maklumkan, kesemua Menteri dan Timbalan UMNO tidak perlu meletak jawatan dan mengikut rentak yang dibawa Presiden UMNO, ” ujarnya lagi. 

Terdahulu, UMNO telah membuat  keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, namun meneruskan sokongan terhadap PN. 

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya