Tubuh jawatankuasa bebas siasat NC Unisza - Utusan Malaysia

Tubuh jawatankuasa bebas siasat NC Unisza

MOHD. IDRUS MOHD. MASIRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Kementerian Pengajian Tinggi dicadangkan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu salah laku pentadbiran yang dikaitkan dengan Naib Canselor (NC) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin berkata, langkah itu penting bagi menjamin ketelusan, kebebasan dan keadilan proses siasatan yang akan dijalankan kelak.

Katanya, sebarang tindakan terhadap NC perlulah dimaklumkan dan mendapat restu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad  bagi mengelakkan salah tanggapan terhadap pihak Lembaga Pengarah Universiti (LPU), pengurusan universiti dan warganya.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19, salah tanggapan ini boleh memberi impak kepada reputasi universiti awam dan motivasi warganya.

“MAAC percaya bahawa sebarang dakwaan salah laku perlu dipastikan kesahihannya demi menjaga keadilan dan jika didapati benar, maka pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah sahaja perlu menentukannya dan bukan pihak orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Idrus menyokong sebarang pelantikan pengganti sementara NC dalam kalangan mana-mana Timbalan NC agar operasi universiti dapat dilaksanakan seperti biasa dan berjalan lancar.

Katanya, pelantikan itu merupakan pelan tindakan sementara dalam tempoh menunggu keputusan sebarang tindakan atau siasatan terhadap Hassan Basri.

“Dalam keadaan suasana politik dan pandemik Covid-19 yang tidak menentu ini, saya percaya warga Unisza akan dapat bertenang sekali gus melaksanakan operasi pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran di universiti demi kelangsungan akademik serta pengajian penuntut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya