Teruskan agenda perkasa pengurusan sumber manusia - Utusan Malaysia

Teruskan agenda perkasa pengurusan sumber manusia

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelantikan di kementerian yang sama dalam Kabinet baharu akan memberi lebih ruang dan peluang untuk meneruskan agenda memperkasa pengurusan sumber manusia negara terutama isu kebajikan pekerja dan hak-hak majikan.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang kembali dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan itu dan akan meneruskan semua usaha yang sudah dilakukan dalam memastikan pentadbiran negara terus berjalan lancar.

“Alhamdullilah, dengan rasa rendah hati, saya merakamkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob melantik kembali saya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia di bawah pentadbiran kerajaan beliau.

“Saya berjanji akan sentiasa menyokong segala usaha-usaha kerajaan dalam memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Saya berjanji akan memberikan sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yang amat besar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, selari dengan hasrat Perdana Menteri, ‘Keluarga Malaysia’ akan menjadi pendekatan malar segar dalam pentadbiran kerajaan baharu ini melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan kepada kita semua berjuang bersama-sama rakyat dalam misi keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya