'Syabas Nur Dhabitah!' - PM - Utusan Malaysia

‘Syabas Nur Dhabitah!’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebanggaan beliau terhadap aksi dan tentangan yang dipamerkan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam saingan akhir hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan, biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun ini nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.

“Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.

“Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah! ” katanya dalam Facebook beliau malam ini.

Nur Dhabitah hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa apabila menamatkan saingan di tempat keempat.

Pada penampilan sulungnya di Olimpik Rio 2016, Dhabitah menutup kempen di tangga kesembilan dan kedudukan keempat dianggap pencapaian baik buat penerjun berusia 22 tahun itu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN