Selangor tubuh SUKA bantu program Covid-19 - Utusan Malaysia

Selangor tubuh SUKA bantu program Covid-19

DR. SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, SUKA berfungsi membantu dan menjalankan program berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti terutama memfokuskan pandemik Covid-19.

“Sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul yang bertemakan pandemik tersebut.

“Ia antaranya ujian Covid-19 di rumah, pengurusan dan tatacara pemeriksaan pesakit serta latihan penggunaan Home Assessment Tools (HAT) dalam aplikasi SELangkah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ujar beliau, pihaknya turut menyediakan nilai tambah kepada program sukarelawan berkenaan.

“Semua sukarelawan itu akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan kit Sukarelawan.

“Selain itu, mereka menjalani siri latihan percuma yang akan dikendalikan oleh agensi atau pertubuhan berdaftar berkelayakan,” katanya.

Tambah Siti Mariah, penyertaan SUKA terbuka kepada seluruh warga Selangor, berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai sukarelawan itu diminta memohon pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/SUKA2021. 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SUKA turut boleh e-mel kepada [email protected].- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN