Tindakan segelintir komponen tarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, mengundang lebih banyak persoalan berbanding menawarkan jalan penyelesaian. Percaturan itu bukan sahaja menggoncang kestabilan dan segala usaha semua pihak dalam menangani wabak Covid-19 serta masalah ekonomi, malah lebih merisaukan apabila bertebaran desas-desus kemungkinan wujudnya penjajaran itu dan ini dengan pihak yang dulunya dianggap seteru azali. Apa kesan tindakan UMNO itu terhadap kerajaan? Bagaimana pula rakan dalam Muafakat Nasional (MN)…










