Ramai suka buang peti sejuk, mesin basuh - Utusan Malaysia

Ramai suka buang peti sejuk, mesin basuh

Peti sejuk (kiri) antara barangan yang sering dibuang sehingga mencemarkan tasik dan sungai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penduduk di negara ini didapati paling banyak membuang peti sejuk dan mesin basuh setiap tahun berbanding pelbagai lagi produk sisa elektronik atau e-waste yang lain  berdasarkan hasil kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), secara purata, sebanyak 50 juta tan buangan berbentuk e-waste dilupuskan penduduk di seluruh negara.

SWCorp memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 peratus merupakan peti sejuk dan mesin basuh, diikuti pendingin udara (17 peratus) dan set televisyen (14 peratus), sementara baki 19 peratus lagi merupakan produk teknologi komunikasi maklumat sama ada telefon bimbit, peranti pintar, komputer dan komputer riba.

Justeru, agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menasihatkan pengguna peralatan elektrik dan elektronik agar berhemah serta mengamalkan kitar semula dengan mengelak pelupusan barangan itu di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya menghantar produk berkenaan ke fasiliti kitar semula.

“Kaedah tersebut bukan sahaja boleh meraih pendapatan tambahan, malahan memulihara alam sekitar daripada risiko pencemaran sampah elektronik yang berbahaya kepada kesihatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook agensi itu.

Pada masa sama, SWCorp turut menyarankan masyarakat supaya menggunakan bekas makanan atau mangkuk tingkat setiap kali ingin membeli makanan jika berada di luar rumah bagi mengurangkan janaan sisa beg plastik jenis bukan mesra alam yang tidak mudah terurai.

“Bermula hari ini, janganlah guna plastik sama sekali dan marilah kita bersama-sama amal kaedah lestari pengasingan plastik sekali guna dan boleh dikitar semula dengan betul,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya