PPVIN Pusat Konvesyen Midlands ditutup esok - Utusan Malaysia

PPVIN Pusat Konvesyen Midlands ditutup esok

KELIHATAN ratusan warga asing membanjiri PPVIN di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam pada hari ini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pusat Konvesyen Midlands, Seksyen 7 di sini, ditutup esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penutupan selama sehari diarahkan oleh pengurusan PPVIN itu bagi tujuan penyelarasan penugasan di sana.

“Langkah itu turut bagi menyelaraskan kehadiran pekerja-pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

“PPVIN tersebut akan ditutup sehari pada esok,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati ratusan pekerja asing dilihat membanjiri PPVIN itu sepanjang satu kilometer seawal pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan giliran untuk vaksinasi tanpa mematuhi penjarakan fizikal.

Kesesakan itu dipercayai berlaku apabila mereka hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib bagi menerima vaksinasi.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan wujudnya kluster PPVIN berikutan kegagalan mereka mematuhi prosedur operasi standard ( SOP ) yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.