Pemuda UMNO Perlis sokong keputusan tarik sokongan terhadap kerajaan PN - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Perlis sokong keputusan tarik sokongan terhadap kerajaan PN

HARMIZAN ABD. HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pemuda UMNO negeri menyokong penuh keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) selain mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan.

Ketuanya, Harmizan Abd. Halim berkata, MKT telah membuat keputusan yang tepat pada masanya dan mewakili ahli parti selain selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Dalam masa sama, katanya, Perdana Menteri perlu berjiwa besar melepaskan jawatan secara terhormat kerana telah melanggar serta membelakangi keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Tahniah kepada kepemimpinan UMNO yang telah menzahirkan untuk terus mendukung Perlembagaan dan mempertahankan Yang di-Pertuan Agong.

“Kegagalan kerajaan PN dalam mengurus penularan Covid-19 dan sistem ekonomi negara hampir lumpur akibat kerakusan kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan pengumuman dilakukan 11 ahli UMNO yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN seterusnya menjadikan kerajaan PN hilang sokongan majoriti.

Berdasarkan kedudukan terkini kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), serpihan UMNO (26),  Pas (18), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (18), bebas (empat)  MCA (dua), manakala Star, Parti Bersatu Sabah (PBS)  MIC dan  Parti Bersatu rakyat Sabah (PBRS)  masing masing satu kerusi.

Bagaimanapun Muhyiddin dalam satu perutusan khas memaklumkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri berkata ditentukan dalam usul percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada September ini.

Kata Muhyiddin, Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap perkara itu sewaktu menghadap Seri Paduka hari ini.

Tambah Harmizan, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada menteri dalam kalangan UMNO yang telah menarik sokongan dan menzahirkan solidariti untuk bersama-sama dengan parti.

“Semoga rakyat memahami pendirian UMNO yang sentiasa memperjuangkan kehendak dan isu rakyat di negara ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN