Mohd. Noorazam dilantik Datuk Bandar JB baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Noorazam dilantik Datuk Bandar JB baharu

MOHD. NOORAZAM OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd. Noorazam Osman telah dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu, semalam.

Beliau memaklumkan telah menerima surat pelantikan untuk mengemudi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

“Betul, saya telah terima surat pertukaran jawatan itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada pukul 3.30 petang semalam.

“Saya jangka akan mula memasuki pejabat pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kekosongan jawatan ditinggalkan Noorazam di KPRJ dipercayai akan digantikan Pengarah Urusan PIJ Holdings, Datuk Ramlee A. Rahman.

Sebelum ini, media melaporkan Datuk Bandar Johor Bahru telah ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Suspek yang berusia 60 tahun itu didakwa telah menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP.

Siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN