Lajim Ukin ditidurkan akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Lajim Ukin ditidurkan akibat Covid-19

LAJIM UKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan tengah hari tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah, selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak lapan hari lalu.

Lajim,66, menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos.

Sumber memaklumkan keadaan kesihatan Lajim semakin merosot maka, pihak hospital mengambil keputusan untuk menidurkannya bermula tengah hari tadi.

Sebelum disahkan positif, Lajim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.

“Selepas pulang dari Kudat, beliau (Lajim) mula merasa tidak sihat. Maka, beliau terus menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Gleneagles pada sebelah malam dan disahkan positif wabak Covid-19. Beliau mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya ketika dihubungi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya