Keputusan UPKO sertai PH selaras aspirasi parti - Utusan Malaysia

Keputusan UPKO sertai PH selaras aspirasi parti

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keputusan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah selaras dengan aspirasi parti itu yang merupakan parti berbilang kaum.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, PH merupakan gabungan parti-parti politik berbilang kaum yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, penyertaan UPKO ini juga dilihat akan memperkukuh kerjasama dengan PH terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“UPKO menjadi parti politik berbilang kaum sepenuhnya selepas resolusi pada 2019 dan keputusan menyertai gabungan parti berbilang kaum ini selaras dengan aspirasi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail yang mengumumkan permohonan rasmi UPKO menyertai Pakatan Harapan.

Mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini memutuskan untuk menerima UPKO sebagai salah sebuah parti komponen PH.

Ewon, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, PH kini merupakan gabungan parti berbilang kaum yang terbesar di Malaysia merangkumi parti-parti komponennya, iaitu PKR, DAP, Amanah dan UPKO.

“Gabungan parti lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masih berasaskan suku kaum dan agama dan ia tidak akan membawa negara melangkah ke hadapan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya