Kemudahan sektor ekonomi diumum dalam waktu terdekat - Utusan Malaysia

Kemudahan sektor ekonomi diumum dalam waktu terdekat

SEKTOR perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, mula pulih selepas pembukaan lebih banyak aktiviti ekonomi. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan-kemudahan sektor ekonomi sedang dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, segala kemudahan yang diberikan bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) seperti kemudahan dine-in dan aktiviti sukan terutamanya, kerana lebih berisiko bagi seseorang individu itu dijangkiti virus Covid-19.

Justeru, beliau mengarahkan Menteri Dalam Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Covid-19, memastikan kementerian-kementerian dan agensi yang bertanggungjawab mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kemudahan-kemudahan yang diberikan.

“Ingin saya tegaskan bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

“Langkah untuk mengawal pandemik ini juga memerlukan usaha bersepadu pihak kerajaan dan masyarakat. Individu, ketua komuniti dan perniagaan perlu berwaspada dalam mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan virus ini,” katanya dalam perutusan khas hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN