Kelantan salur RM18.77 juta bantu rakyat terjejas pandemik - Utusan Malaysia

Kelantan salur RM18.77 juta bantu rakyat terjejas pandemik

PERSIDANGAN DUN Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini dibuat dengan pematuhan SOP ketat bagi mencegah penularan Covid-19. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan membelanjakan sejumlah RM18.77 juta bagi menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 setakat tujuh bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika mengambil kira peruntukan disalurkan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM13.5 juta, jumlah keseluruhan bantuan kepada rakyat Kelantan mencecah RM32.7 juta.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM6.96 juta diperuntukkan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil, pemandu teksi, petani, nelayan, guru pondok, pengusaha pelancongan dan lain-lain.

“Penyediaan bakul makanan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan peruntukan sebanyak RM8.31 juta, program pengurusan Covid-19 (RM0.1 juta) dan makanan untuk petugas barisan hadapan (RM2 juta).

“Pakej rangsangan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menampung pengecualian sewa selama dua bulan pula melibatkan kos RM3.3 juta, kos Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (RM6.56 juta) (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (RM6.84 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad (BN- Kok Lanas) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad dalam pada itu memberitahu, sepanjang tahun lalu pula, jumlah bantuan yang disalurkan kepada rakyat terkesan Covid-19 adalah sebanyak RM33.25 dan daripada jumlah itu, RM21.81 disalurkan oleh kerajaan negeri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN