'Jangan mudah berasa selesa' - PM - Utusan Malaysia

‘Jangan mudah berasa selesa’ – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua rakyat tidak mudah berasa selesa kerana negara sedang berhadapan dengan cabaran varian-varian baharu yang lebih ganas seperti varian Delta.

Perdana Menteri berkata, kadar penularan jangkitan varian-varian itu begitu cepat, jauh lebih pantas daripada varian-varian awal setahun lalu.

Menurut beliau, bilangan kes harian sekarang ini sudah menjangkaui 20,000 kes dan bilangan kes aktif adalah lebih 200,000 kes, namun, jika diperhalusi, bilangan kes positif harian bagi Kategori 1 dan 2 masih di paras 96 hingga 98 peratus daripada keseluruhan kes.

Justeru, beliau meminta setiap individu tidak mudah lupa dan terleka dan berharap agar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan dipatuhi sebaik mungkin terutama negeri-negeri yang telah beralih fasa dengan meneruskan usaha menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing.

“Kepada negeri negeri yang masih belum beralih ke fasa seterusnya, kita tingkatkan usaha dan ikhtiar supaya dapat bergerak ke fasa seterusnya dengan selamat,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Muhyiddin berkata, antara strategi kerajaan dalam menguruskan pandemik ini adalah memastikan sebanyak mungkin populasi di Malaysia divaksinasi, lebih ramai yang menerima suntikan vaksinasi lengkap, lebih ramai dilindungi daripada jangkitan lebih teruk.

Katanya, beban kepada sistem kesihatan awam akan berkurang dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka secara berperingkat sekali gus dapat keluar dari pandemik ini dengan lebih teratur dan selamat.

“Bagi memastikan suntikan vaksinasi diberikan secepat dan sebanyak mungkin, terutamanya dengan kehadiran varian-varian baharu lebih ganas, kerajaan menggerakkan seluruh jentera kerajaan dan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan Kerajaan dalam satu pendekatan “whole of nation”.

“Alhamdulillah, berkat kerjasama kita bersama, usaha kerajaan meningkatkan kadar vaksinasi sudah menunjukkan pencapaian amat membanggakan. Terbukti rakyat menyahut panggilan dan menyambut baik seruan kerajaan ini untuk menerima vaksinasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN