PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob meninggalkan kediamannya di sini tengah hari tadi untuk bergerak ke Istana Negara bagi upacara mengngkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan petang ini.
Dalam pada itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali tiba di Istana Negara pada pukul 1:37 petang.
Turut tiba Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tun Mat bagi menghadiri upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bera itu
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.
Ahli Parlimen Bera itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekaligus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.- UTUSAN ONLINE










