Cuba rentas daerah kali kedua menerusi laut dengan rakit gabus - Utusan Malaysia

Cuba rentas daerah kali kedua menerusi laut dengan rakit gabus

KELIBAT seorang lelaki yang cuba merentas daerah dari pulau ke seberang Pulau Pinang menggunakan laluan laut dengan menaiki rakit daripada gabus yang tular di dalam media sosial. SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki dipercayai sekali lagi cuba merentas daerah dari bahagian pulau ke bahagian seberang negeri ini melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam. 

Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di tengah laut sebelum diselamatkan dengan menaiki bot. 

Kejadian itu tular di dalam media sosial apabila beberapa keping gambar dan video yang memaparkan tindakan lelaki tersebut meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna. 

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat. 

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai. 

Kejadian yang turut tular di dalam media sosial itu berlaku 14 Julai lalu selepas seorang lelaki berusia 28 tahun bertindak berani dengan berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari Georgetown untuk ke Seberang Perai.

Dia dilaporkan bertindak demikian untuk bertemu rakannya di bahagian seberang kerana tidak mempunyai surat untuk merentas daerah berikutan negeri ini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Bagaimanapun dalam kejadian pukul 6 petang itu, lelaki berkenaan terpaksa berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas PPSB. – UTUSAN  ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya