Covid-19: 17,105 kes baharu hari ini - Utusan Malaysia

Covid-19: 17,105 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17,105 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,163,291 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,836 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (2,309 kes); Johor (1,275 kes); Kedah (1,036 kes) dan Sabah (1,010 kes).

Perak merekodkan 967 kes; Kelantan (915 kes); Negeri Sembilan (816 kes); Pulau Pinang (798 kes); Pahang (628 kes); Melaka (508 kes); Sarawak (494 kes) dan Terengganu (429 kes).

“Putrajaya pula (72 kes), Perlis (tujuh kes) dan Labuan (lima kes),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN